Sunday 13 October 2013

Celikkah kita


Langkah demi langkah ,hari berganti hari serta tahun berganti tahun. Perjalanan hidup manusia semakin berubah dari masa ke semasa yakni dari bayi telah memasuki kealam remaja.Lihatlah pelbagai perubahan telah berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedar betapa canggihnya dunia teknologi kini sehingga ada manusia sudah terlupa dimanakah terletaknya harga diri??? Kita lupa akan alam realiti kerana kita sudah berjinak hidup di alam maya.Mengapa semua ini boleh terjadi? Dimanakah kita??
Alahai sudah celikkah kita dengan IT.
 Dahulunya kita hanya kenal friendster  , beralih ke my space , Facebook  , twitter & skype dan sekarang kita mungkin sudah sama taraf dengan orang-orang yang celik IT . Laman sosial makin bertambah, akaun yang didaftar sudah tidak terkira sehingga kadang-kadang sudah lupa akaun mana yang digunakan, tercetusnya perkenalan dengan ramai jantina dan bangsa dari serata dunia ,sudah mula mencari erti cinta di internet . PERCAYAKAH KITA ?
Andai semua ini adalah palsu dimanakah harga diri kita?
Saat meniti usia remaja kita mudah dipengaruhi oleh alam maya dan kita lebih suka hidup dialam itu dari hidup dialam reliti yang kita tidak duga inilah alam sebenar kita.
Renungkanlah dan fikir-fikirkan,
Alkisah di facebook  semuanya ingin dikongsi bersama teman-teman di laman sosial ,
Hanya post “kaki shopping”  kemudian upload gambar serta letakkan lokasi , sedang asyik berkongsi tanpa kita sedar segala maklumat telah tersebar,.maka hal ini menjadikan penghendap siber tersenyum lebar kerana memudahkan pekerjaannya .
Alkisah buat” kaki shopping online” meggunakan duit PTPTN
Iklan di internet mudah terjebak walaupun harganya murah dan menawan hati pembeli, apa yang diinginkan boleh didapatkan tapi wajarkah kita guna duit PTPTN. Walhal perlu diingat membeli barangan laptop lebih elok ke kedainya, bukanya hanya melihat iklan di internet walaupun sebuah ipad yang harganya RM 600.
Jika kita mudah percaya ,akhirnya lihatlah ia memakan diri kita sendiri.
Sekian sahaja hasil nukilan saya.

“BERFIKIRLAH SEBELUM BERTINDAK AGAR KITA MENJADI INSAN YANG HIDUPNYA PENUH DENGAN WAWASAN