Wednesday 26 December 2012

banJIR keMBali di uniszA


Percaya @ tidak itulah reality yang terjadi….so kenalah percayakankaNN….hhehhe…msty tertnya –tanya …PERLUKAHHHH…mEmarrr  laah perlu isu semasa kot J apa lagi ??? arghhh BANJIR telah kembali…J…tahu tak kat ner…kat mner lagi msty la kat UNISVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN….tp lbih diknali UNISZA la oittt,,, citer nie kan terjadi pada 23 dan 24 DIsember la…2 hari kot…mmg bez giler…suma tgk banjir jer mcm da orang meroyan,…hehhhheh… apalagi termasuklah aq ngan mmber2 aq…2 la cam x penah jmpak bnjir jer,,,,huhuhu…2 mmg kengkawan aq la 2…kitorang per lg wat la jelajah satu unisza…hehheehe nie la sbgai buktinya..jeng22


nie lah kwasan banjir yg kitorang jelajah....sbnrnr byak lg....naty famous plak unisza dgn gmbar bnjir nie,..heheheee







aishhh…besa la biler dah semester akhir suma nk mncbanya….yang x penah2 naek trak unisza…alahai bley plak g naek padahal nk g café je kot….huhuhu…nk jadikan “sweet memory” cam manisnya gula2 itu kata kan...klau nk tau la kan trak 2 gne utk antar org blek kg tp dpn gate je lah nk smpai MBKT 2 sila-sila bayar la…hahhaaha bsa la klau keta x leh msok ..klau nk msok gak kna simpan duit la,,,,(fikir2 la keta baru ker msok hospital car) hahha..kitorang bila dapt naik trak 2 almaklum lah berubah tros jdi anak2 ribena la..(malu betoi) ntah cmner plak dok lam trak 2 cam banduan dah….kenangan teriindah betoi…

                      
nie la mmber suka riang,,,hhhaaa...jelajah mgsa bnjir smbil2
 tu kna la wat snap pic ckit nk wat swet gula2 kata kan....hheheh

-baHTERA semESter 6 pnya story- :)
 ok assalamualaikum






Friday 14 December 2012

... Untukmu Adam dan Hawa

adam...

ِ
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
 Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.
 Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.
Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.
Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.
Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.
 Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.
 Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
 Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...
 Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.
Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.
 Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
DanUntukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.



yakinlah DENgan perTOLOngan ALLAH


assalamualaikum..apa khabar hati kita ye..???moga dier baik2 aja...
           SELAMAT BERAMAL...don;t give up...tERUSkan perjuanGan,,,
                       jom baca dan fahamilah....

 “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”  
[QS al-‘Ankabut, 29:2-3]  
“Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.’  
[QS Ali ‘Imran, 3:142] 
bagaimanakah dengan kita sekarang??? hati kita macam mana??Sejauh dan sebesar mana ujian yang datang pada kita jika mahu dibandingkan dengan mereka yang datang sebelum kita?? 
ya ALLAH....ampunilah hambamu ini...hambamu ini terlalu lemahnya imannya...KAU pekuatkanlah dan kukuhkan iman dan hati kami YA ALLAH...
Ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, “Bilakah datang pertolongan Allah?”. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”  

[QS al-Baqarah, 2:214]
 Kalau kita macam mana? Sejauh dan sebesar mana ujian yang datang pada kita jika mahu dibandingkan dengan mereka? 

“Tapi jika kita merasakan diri kita lemah, dan hanya mampu kuat apabila adanya pertolongan dari Allah. Maka pasti, Allah akan sentiasa bersama kita. 

Allah SWT akan bertindak sesuai dengan usaha kita. 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”  
[QS Muhammad, 47:7] 

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk (mencari keredhaan) Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami, Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”  

[QS Al-Ankabut, 29:69]