Thursday 17 October 2013

yaKIn cintamu AKu dapat..

tamadun islam

Tamadun dan peradaban manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan agama-agama besar dunia . kawasan-kawasan di sekitar Laut Mediterranean,Lembah Nil,lembah tigiris ,lembah ganges, lembah si kiang dan lain-lain yang dikenali dalam sejarah tamadun manusia sering dihubungkan dengan agama-agama tertentu.
Ibn al-nadim, tasy kubra zadah, al-syaharzi dan tokoh angkatannya, tamadun mesir purba mempunyai kaitan dengan agama langit yang dibawa oleh nabi idris .a.s..menurut para penulis tersebut, nabi idris a.s.(atau lebih dikenali sebagai hermis di kalangan ahli falsafah yunani) dikurnia kitab dan hikmah serta dianugerahi ilmu pengetahuan yang banyak, meliputi ilmu- ilmu geometri, falak, aritmetik, perubatan ,botani,geografi dan sebagainya.
Tamadun islam berlaku secara pesat kira-kira pada kurun ke-9 hingga kurun ke-14M. Ia mempunyai kaitan yang rapat dengan pengutusan junjungan besar Rasul terakhir Muhammad s.aw..Al-Quran sebagai kitab terakhir yang diturunkan menjadi sumber hidayah dan ilmu. Al-quran meletakkan orang berilmu di kalangan mereka pada darjat tertentu pula.
Sebelum kelahiran islam, semenanjung arab bukanlah rantau yang dikenali sebagai kawasan yang mempunyai tamadun yang ilmu yang tinggi. Walaupun negeri –negeri yang bersempadan denganya di utara yang terletak berhampiran dengan laut Mediterranean pernah mencapai tamadun ilmu, tetapi umumnya semenanjung arab mempunyai muka bumi berpadang pasir tandus terpisah daripada kegiatan tersebut.

Selepas kelahiran islam, masyarakat arab telah berubah daripada zaman kegelapan kepada kegemilangan iman serta ketinggian ilmu pengetahuan . al-quran yang diturunkan tidak hanya menyentuh perkara-perkara akidah dan hidayah semata-mata tetapi juga menjelaskan semua perkara dalam urusan kehidupan bermasyarakat. Al-quran menyinari masyarakat jahiliah dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada kecemerlangan iman, ilmu dan tamdun.