Thursday 17 October 2013

yaKIn cintamu AKu dapat..

tamadun islam

Tamadun dan peradaban manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan agama-agama besar dunia . kawasan-kawasan di sekitar Laut Mediterranean,Lembah Nil,lembah tigiris ,lembah ganges, lembah si kiang dan lain-lain yang dikenali dalam sejarah tamadun manusia sering dihubungkan dengan agama-agama tertentu.
Ibn al-nadim, tasy kubra zadah, al-syaharzi dan tokoh angkatannya, tamadun mesir purba mempunyai kaitan dengan agama langit yang dibawa oleh nabi idris .a.s..menurut para penulis tersebut, nabi idris a.s.(atau lebih dikenali sebagai hermis di kalangan ahli falsafah yunani) dikurnia kitab dan hikmah serta dianugerahi ilmu pengetahuan yang banyak, meliputi ilmu- ilmu geometri, falak, aritmetik, perubatan ,botani,geografi dan sebagainya.
Tamadun islam berlaku secara pesat kira-kira pada kurun ke-9 hingga kurun ke-14M. Ia mempunyai kaitan yang rapat dengan pengutusan junjungan besar Rasul terakhir Muhammad s.aw..Al-Quran sebagai kitab terakhir yang diturunkan menjadi sumber hidayah dan ilmu. Al-quran meletakkan orang berilmu di kalangan mereka pada darjat tertentu pula.
Sebelum kelahiran islam, semenanjung arab bukanlah rantau yang dikenali sebagai kawasan yang mempunyai tamadun yang ilmu yang tinggi. Walaupun negeri –negeri yang bersempadan denganya di utara yang terletak berhampiran dengan laut Mediterranean pernah mencapai tamadun ilmu, tetapi umumnya semenanjung arab mempunyai muka bumi berpadang pasir tandus terpisah daripada kegiatan tersebut.

Selepas kelahiran islam, masyarakat arab telah berubah daripada zaman kegelapan kepada kegemilangan iman serta ketinggian ilmu pengetahuan . al-quran yang diturunkan tidak hanya menyentuh perkara-perkara akidah dan hidayah semata-mata tetapi juga menjelaskan semua perkara dalam urusan kehidupan bermasyarakat. Al-quran menyinari masyarakat jahiliah dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada kecemerlangan iman, ilmu dan tamdun.

Sunday 13 October 2013

Celikkah kita


Langkah demi langkah ,hari berganti hari serta tahun berganti tahun. Perjalanan hidup manusia semakin berubah dari masa ke semasa yakni dari bayi telah memasuki kealam remaja.Lihatlah pelbagai perubahan telah berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedar betapa canggihnya dunia teknologi kini sehingga ada manusia sudah terlupa dimanakah terletaknya harga diri??? Kita lupa akan alam realiti kerana kita sudah berjinak hidup di alam maya.Mengapa semua ini boleh terjadi? Dimanakah kita??
Alahai sudah celikkah kita dengan IT.
 Dahulunya kita hanya kenal friendster  , beralih ke my space , Facebook  , twitter & skype dan sekarang kita mungkin sudah sama taraf dengan orang-orang yang celik IT . Laman sosial makin bertambah, akaun yang didaftar sudah tidak terkira sehingga kadang-kadang sudah lupa akaun mana yang digunakan, tercetusnya perkenalan dengan ramai jantina dan bangsa dari serata dunia ,sudah mula mencari erti cinta di internet . PERCAYAKAH KITA ?
Andai semua ini adalah palsu dimanakah harga diri kita?
Saat meniti usia remaja kita mudah dipengaruhi oleh alam maya dan kita lebih suka hidup dialam itu dari hidup dialam reliti yang kita tidak duga inilah alam sebenar kita.
Renungkanlah dan fikir-fikirkan,
Alkisah di facebook  semuanya ingin dikongsi bersama teman-teman di laman sosial ,
Hanya post “kaki shopping”  kemudian upload gambar serta letakkan lokasi , sedang asyik berkongsi tanpa kita sedar segala maklumat telah tersebar,.maka hal ini menjadikan penghendap siber tersenyum lebar kerana memudahkan pekerjaannya .
Alkisah buat” kaki shopping online” meggunakan duit PTPTN
Iklan di internet mudah terjebak walaupun harganya murah dan menawan hati pembeli, apa yang diinginkan boleh didapatkan tapi wajarkah kita guna duit PTPTN. Walhal perlu diingat membeli barangan laptop lebih elok ke kedainya, bukanya hanya melihat iklan di internet walaupun sebuah ipad yang harganya RM 600.
Jika kita mudah percaya ,akhirnya lihatlah ia memakan diri kita sendiri.
Sekian sahaja hasil nukilan saya.

“BERFIKIRLAH SEBELUM BERTINDAK AGAR KITA MENJADI INSAN YANG HIDUPNYA PENUH DENGAN WAWASAN

Saturday 16 February 2013

tersINGAKap meMOrI aku DaN dia




assALAmualaikum..

Hah…biar betol…aku DILAMAR pada 4 julai 2010 ary 2…suka lah korangkan bila ada yang lamar korang…hurmmmm…so,akan bermulalah hidup seorang insan yang bernama..jeng33 aku lah anis syuhada



aku pown hepy..tp..jauhnya tmpat die..sob..sob..mmg jauh betol la ngan keluarga,,,,saper la suka dok jauh ngan keluargakan..!! tApikannn..naper die lamar aku..sdangkan dia tahu aku x kan KAHWIN ngan dier.family aku cakap..nie kan pilihan aku ..aku kna trima la seandainya dia yang terbaik untukku.ok..tak per la..aku terima dia akhirnya…
Sejak tue nma dier dah terpahat di sanubariku..kemana saja aku pergi suma owang kenal dier…lain la aku….ntah2 dier pown x kenal aku…waaaaaa…sdeynya….knapa suma owang suka dier nie…tau la dier femes...xpe lah x kisah pown…yg pasti dier trima aku ..cukup ar..dier kata 29 arybln 3 aku mesti jauhkan diri dari dier..and then aku trima seadanya walupun hati ini sdey bangat mau pisahh…hikhikhik..
Akhirnya aku bersama dier selama 3 tahun…bersama dierlah aku penuhi harapan mak ayah aku..aku tak kan lupakan dier…sejauh mana aku berlari..setinggi mana aku nk terbang..itu aku punya pasai.aku xkan penah lupakan dier..hehhehe….nk tau tak saper si dier niehhh…

penuh dengan ilmu didalamnya
tempat menuntut ilmu...:)
Hah..tue la die(gmbq kat atas 2)...Dia adalah tempat belajar aku iaitu..tmpat aku timba ilmu..belajar erti kehidupan..pengorbanan,perjuangan serta ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan aku..


Ok lah…sekian..see again






BerteMU teMAn lamA..cerIAKan haRImU


ASSalamualaikum…
Hai semua ... apa khabar ...??? diharap semua berada dalam keadaan sihat ok ... apa perasaan korang kalau jumpa kekasih yang dah lama tak berjumpa ... peh ... mesti suka gila bukan ... tapi jangan jadi ORANG GILA sudah la ...
Ok ... hari nie tinta nak kabo pasal kekasih tinta yang lama kot tak jumpak..seperti yang tinta kata tadi ... kalau dah lama tak berjumpa ... lepas tu tibe - tibe berjumpa ... mesti suka gila bukan ...??? tinta memang suka sangat - sangat tadi ... dapat juga berjumpa dengannya buat sekian lamanya ...jom kita kenal ngan kekasih tinta..siap wat snap pic lg ..nk cipta kenangan bersama..


Hah…nie la dia kekasih TINTA yakni sahabat atau kawan…ok la ..
Sampi sini sja ye story kita pada kali ini..x nk letak gmbar byak-byak
Naty diorang femes….hhehee


Akhir kalam…J
Berpisah jasad sudah ketentuan,
Biarkan ia subur dalam ukhuwah,
Bisikan doa sebagai laluan,
Di dalam nukilan kini terluah....




Tuesday 15 January 2013

Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple'.


alt

"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. 
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal. 

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
Wallahu Ta'ala A'lam
c&p dr i luv islam...sama2 kita hayati ilmunya yang diberikan :)

Thursday 3 January 2013

HOlidaY BersAMA mEMber SepERJuangaN

Asslamualaikum …huuhu menyingah sebentar tok isi masa lapang yang dah dekat nk abis…:)
Alkisah..apabila cuti mid term dah tiba…
Suma orang berlmba2 nk blik laen lah kami..
Mmg syang nk tggal tmpat blajar nihh….apa lagi bila nk abis diplomakan..hhehhe
Kna lah isi masa nih bersama kwan2 …
So apalagii…
Kita ENJOY….HUHUHU
SoOOo.. apa lg nak share la gambar outing dgn dak2 bahtera la
Ehhhh..bukn suma tapiiiiiiii   7 orang jer….
waaaa...
syiok dapat luang masa cam nih
muda-muda kannnnn??? Jeng2 nie la gmbar de bez kitorang……

jelajah muziam terengganu...si kechik usna jd photographerRm 5 jer msok...
Nie la photographer td…si kechik manis..ayu jer


  

 Satu hari kot kitorang g holiday…hhaaa..selalunya byak hari kan
Tapi kitorang mmg bez la 1 hari tu mcm2  tmpat kitorang pegi melangcong..
Tmpat perlancongan kitorang
Hahhhh….
Muzium negeri Terengganu..taman tamadun islam ,pasar payang,,bukit puteri..
Naik bot paling bez..(mula2 x nk naik tp si kchik usna la wat ayat sedih plak..)
Nk tau dier kata aper..
“ jom la naty kan aku nk p Jordon” (ayat suka diulang)
Pas2 kan kitorang naek keta kuda plak…rse cm princess dok dalam 2…
Mcm nk cri putera..tpiii puteranya x di jumpai pown..hhahh


 naek keta kuda smbil mkn big applle tp pantai

.jeng33 nila gmbar terakhir kitorang,....mlaz nk tnjuk byak2 naty diorang famous...hhehe
 ok..holiday dah abis...
kna smbg study blek....:) 
senyum2 sokmo yer,,assalamualaikum..
terindah 30 disember 2012..