Langkah demi langkah ,hari berganti
hari serta tahun berganti tahun. Perjalanan hidup manusia semakin berubah dari
masa ke semasa yakni dari bayi telah memasuki kealam remaja.Lihatlah pelbagai
perubahan telah berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedar betapa canggihnya
dunia teknologi kini sehingga ada manusia sudah terlupa dimanakah terletaknya
harga diri??? Kita lupa akan alam realiti kerana kita sudah berjinak hidup di
alam maya.Mengapa semua ini boleh terjadi? Dimanakah kita??
Alahai sudah celikkah kita dengan
IT.
Dahulunya kita hanya kenal friendster , beralih ke my space , Facebook , twitter & skype dan sekarang kita mungkin
sudah sama taraf dengan orang-orang yang celik IT . Laman sosial makin
bertambah, akaun yang didaftar sudah tidak terkira sehingga kadang-kadang sudah
lupa akaun mana yang digunakan, tercetusnya perkenalan dengan ramai jantina dan
bangsa dari serata dunia ,sudah mula mencari erti cinta di internet .
PERCAYAKAH KITA ?
Andai semua ini adalah palsu
dimanakah harga diri kita?
Saat meniti usia remaja kita mudah
dipengaruhi oleh alam maya dan kita lebih suka hidup dialam itu dari hidup
dialam reliti yang kita tidak duga inilah alam sebenar kita.
Renungkanlah dan fikir-fikirkan,
Alkisah di facebook semuanya ingin dikongsi
bersama teman-teman di laman sosial ,
Hanya post “kaki shopping” kemudian upload gambar serta letakkan lokasi
, sedang asyik berkongsi tanpa kita sedar segala maklumat telah tersebar,.maka
hal ini menjadikan penghendap siber tersenyum lebar kerana memudahkan
pekerjaannya .
Alkisah buat” kaki shopping online”
meggunakan duit PTPTN
Iklan di internet mudah terjebak
walaupun harganya murah dan menawan hati pembeli, apa yang diinginkan boleh
didapatkan tapi wajarkah kita guna duit PTPTN. Walhal perlu diingat membeli barangan
laptop lebih elok ke kedainya, bukanya hanya melihat iklan di internet walaupun
sebuah ipad yang harganya RM 600.
Jika kita mudah percaya ,akhirnya
lihatlah ia memakan diri kita sendiri.
Sekian sahaja hasil nukilan saya.
No comments:
Post a Comment