Saturday 6 August 2011

muhasabah diri.............

Jika dulu keluarga Yasir rela diseksa, ditikam dengan tombak yang tajam dan nyawa menjadi taruhan.
Jika dulu Bilal bin Rabah sanggup dijemur di tengah padang sahara yang panas, ditindih pula dengan batu besar.
...
Jika dulu Zinnirah rela matanya dikorek,... diseksa, dipukul, dan dijemur tengah panas yang terik.
Demi mempertahankan keislaman mereka, mereka sanggup diperlakukan sedemikian rupa. Rela terseksa di dunia sementara untuk syurga yang kekal selamanya.
Bagaimana dengan kita?
Apakah yang telah kita pertaruhkan untuk Islam?
Nyawa anak-anak muda hari ini dipertaruhkan di atas jalan raya. Jemaah bersama-sama turun padang menyaksikan perlawanan bola sepak . Terasa ikatan ukhuwah terjalin bila mana semua dengan bersemangat bersorak tanda mendapat gol Subuhnya pula di atas tilam yang empuk. Lena dibaluti selimut tebal.
Hari ini, agama dijadikan bahan untuk menarik perhatian orang ramai, meraih undi yang tinggi kerana berlatarkan agama. Murah sungguh nilai agama!
Pertaruhkan maruah wanita Islam sebagai tatapan umum. Bangga melihat kecantikan wanita Islam! Suara lunaknya menjadi penghibur hati.
Sungguh kagum kita melihat anak-anak kecil hari ini boleh menghafal lirik lagu. Bangga memiliki anak-anak yang berbakat menjadi penghibur.
Maruah remaja kita seakan-akan tiada nilai lagi hingga bersepah di seluruh negara bayi-bayi kecil ditinggalkan tanpa perikemanusiaan.
Jika itulah yang kita perjuangkan untuk Islam, maka menyesallah sebelum terlambat.
“Dan barangsiapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterimadan di akhirat dia termasuk orang yang rugi.”[Surah Al-Imran:85]

Jangan sampai kita beli dunia untuk bayar di akhirat. Sungguh tak tertanggung oleh kita azab di sana. Manfaatkanlah nikmat Iman dan Islam untuk kebahagiaan hidup yang kekal abadi kelak. Wallahua’alam.
p/s;slg mgngtkn ssma kita...