Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan... karena tiada yang tahu rencana Tuhan... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
Thursday, 17 October 2013
tamadun islam
Tamadun dan peradaban manusia mempunyai
hubungan yang rapat dengan agama-agama besar dunia . kawasan-kawasan di sekitar
Laut Mediterranean,Lembah Nil,lembah tigiris ,lembah ganges, lembah si kiang
dan lain-lain yang dikenali dalam sejarah tamadun manusia sering dihubungkan
dengan agama-agama tertentu.
Ibn al-nadim, tasy kubra zadah, al-syaharzi dan
tokoh angkatannya, tamadun mesir purba mempunyai kaitan dengan agama langit
yang dibawa oleh nabi idris .a.s..menurut para penulis tersebut, nabi idris
a.s.(atau lebih dikenali sebagai hermis di kalangan ahli falsafah yunani)
dikurnia kitab dan hikmah serta dianugerahi ilmu pengetahuan yang banyak,
meliputi ilmu- ilmu geometri, falak, aritmetik, perubatan ,botani,geografi dan
sebagainya.
Tamadun islam berlaku secara pesat kira-kira
pada kurun ke-9 hingga kurun ke-14M. Ia mempunyai kaitan yang rapat dengan
pengutusan junjungan besar Rasul terakhir Muhammad s.aw..Al-Quran sebagai kitab
terakhir yang diturunkan menjadi sumber hidayah dan ilmu. Al-quran meletakkan
orang berilmu di kalangan mereka pada darjat tertentu pula.
Sebelum kelahiran islam, semenanjung arab bukanlah rantau yang
dikenali sebagai kawasan yang mempunyai tamadun yang ilmu yang tinggi. Walaupun
negeri –negeri yang bersempadan denganya di utara yang terletak berhampiran
dengan laut Mediterranean pernah mencapai tamadun ilmu, tetapi umumnya
semenanjung arab mempunyai muka bumi berpadang pasir tandus terpisah daripada
kegiatan tersebut.
Selepas kelahiran islam, masyarakat arab telah berubah daripada zaman
kegelapan kepada kegemilangan iman serta ketinggian ilmu pengetahuan . al-quran
yang diturunkan tidak hanya menyentuh perkara-perkara akidah dan hidayah
semata-mata tetapi juga menjelaskan semua perkara dalam urusan kehidupan
bermasyarakat. Al-quran menyinari masyarakat jahiliah dan mengeluarkan mereka
daripada kegelapan kepada kecemerlangan iman, ilmu dan tamdun.
Sunday, 13 October 2013
Celikkah kita
Langkah demi langkah ,hari berganti
hari serta tahun berganti tahun. Perjalanan hidup manusia semakin berubah dari
masa ke semasa yakni dari bayi telah memasuki kealam remaja.Lihatlah pelbagai
perubahan telah berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedar betapa canggihnya
dunia teknologi kini sehingga ada manusia sudah terlupa dimanakah terletaknya
harga diri??? Kita lupa akan alam realiti kerana kita sudah berjinak hidup di
alam maya.Mengapa semua ini boleh terjadi? Dimanakah kita??
Alahai sudah celikkah kita dengan
IT.
Dahulunya kita hanya kenal friendster , beralih ke my space , Facebook , twitter & skype dan sekarang kita mungkin
sudah sama taraf dengan orang-orang yang celik IT . Laman sosial makin
bertambah, akaun yang didaftar sudah tidak terkira sehingga kadang-kadang sudah
lupa akaun mana yang digunakan, tercetusnya perkenalan dengan ramai jantina dan
bangsa dari serata dunia ,sudah mula mencari erti cinta di internet .
PERCAYAKAH KITA ?
Andai semua ini adalah palsu
dimanakah harga diri kita?
Saat meniti usia remaja kita mudah
dipengaruhi oleh alam maya dan kita lebih suka hidup dialam itu dari hidup
dialam reliti yang kita tidak duga inilah alam sebenar kita.
Renungkanlah dan fikir-fikirkan,
Alkisah di facebook semuanya ingin dikongsi
bersama teman-teman di laman sosial ,
Hanya post “kaki shopping” kemudian upload gambar serta letakkan lokasi
, sedang asyik berkongsi tanpa kita sedar segala maklumat telah tersebar,.maka
hal ini menjadikan penghendap siber tersenyum lebar kerana memudahkan
pekerjaannya .
Alkisah buat” kaki shopping online”
meggunakan duit PTPTN
Iklan di internet mudah terjebak
walaupun harganya murah dan menawan hati pembeli, apa yang diinginkan boleh
didapatkan tapi wajarkah kita guna duit PTPTN. Walhal perlu diingat membeli barangan
laptop lebih elok ke kedainya, bukanya hanya melihat iklan di internet walaupun
sebuah ipad yang harganya RM 600.
Jika kita mudah percaya ,akhirnya
lihatlah ia memakan diri kita sendiri.
Sekian sahaja hasil nukilan saya.
“BERFIKIRLAH SEBELUM
BERTINDAK AGAR KITA MENJADI INSAN YANG HIDUPNYA PENUH DENGAN WAWASAN”
Subscribe to:
Posts (Atom)