Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan... karena tiada yang tahu rencana Tuhan... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
Thursday, 17 October 2013
tamadun islam
Tamadun dan peradaban manusia mempunyai
hubungan yang rapat dengan agama-agama besar dunia . kawasan-kawasan di sekitar
Laut Mediterranean,Lembah Nil,lembah tigiris ,lembah ganges, lembah si kiang
dan lain-lain yang dikenali dalam sejarah tamadun manusia sering dihubungkan
dengan agama-agama tertentu.
Ibn al-nadim, tasy kubra zadah, al-syaharzi dan
tokoh angkatannya, tamadun mesir purba mempunyai kaitan dengan agama langit
yang dibawa oleh nabi idris .a.s..menurut para penulis tersebut, nabi idris
a.s.(atau lebih dikenali sebagai hermis di kalangan ahli falsafah yunani)
dikurnia kitab dan hikmah serta dianugerahi ilmu pengetahuan yang banyak,
meliputi ilmu- ilmu geometri, falak, aritmetik, perubatan ,botani,geografi dan
sebagainya.
Tamadun islam berlaku secara pesat kira-kira
pada kurun ke-9 hingga kurun ke-14M. Ia mempunyai kaitan yang rapat dengan
pengutusan junjungan besar Rasul terakhir Muhammad s.aw..Al-Quran sebagai kitab
terakhir yang diturunkan menjadi sumber hidayah dan ilmu. Al-quran meletakkan
orang berilmu di kalangan mereka pada darjat tertentu pula.
Sebelum kelahiran islam, semenanjung arab bukanlah rantau yang
dikenali sebagai kawasan yang mempunyai tamadun yang ilmu yang tinggi. Walaupun
negeri –negeri yang bersempadan denganya di utara yang terletak berhampiran
dengan laut Mediterranean pernah mencapai tamadun ilmu, tetapi umumnya
semenanjung arab mempunyai muka bumi berpadang pasir tandus terpisah daripada
kegiatan tersebut.
Selepas kelahiran islam, masyarakat arab telah berubah daripada zaman
kegelapan kepada kegemilangan iman serta ketinggian ilmu pengetahuan . al-quran
yang diturunkan tidak hanya menyentuh perkara-perkara akidah dan hidayah
semata-mata tetapi juga menjelaskan semua perkara dalam urusan kehidupan
bermasyarakat. Al-quran menyinari masyarakat jahiliah dan mengeluarkan mereka
daripada kegelapan kepada kecemerlangan iman, ilmu dan tamdun.
Sunday, 13 October 2013
Celikkah kita
Langkah demi langkah ,hari berganti
hari serta tahun berganti tahun. Perjalanan hidup manusia semakin berubah dari
masa ke semasa yakni dari bayi telah memasuki kealam remaja.Lihatlah pelbagai
perubahan telah berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedar betapa canggihnya
dunia teknologi kini sehingga ada manusia sudah terlupa dimanakah terletaknya
harga diri??? Kita lupa akan alam realiti kerana kita sudah berjinak hidup di
alam maya.Mengapa semua ini boleh terjadi? Dimanakah kita??
Alahai sudah celikkah kita dengan
IT.
Dahulunya kita hanya kenal friendster , beralih ke my space , Facebook , twitter & skype dan sekarang kita mungkin
sudah sama taraf dengan orang-orang yang celik IT . Laman sosial makin
bertambah, akaun yang didaftar sudah tidak terkira sehingga kadang-kadang sudah
lupa akaun mana yang digunakan, tercetusnya perkenalan dengan ramai jantina dan
bangsa dari serata dunia ,sudah mula mencari erti cinta di internet .
PERCAYAKAH KITA ?
Andai semua ini adalah palsu
dimanakah harga diri kita?
Saat meniti usia remaja kita mudah
dipengaruhi oleh alam maya dan kita lebih suka hidup dialam itu dari hidup
dialam reliti yang kita tidak duga inilah alam sebenar kita.
Renungkanlah dan fikir-fikirkan,
Alkisah di facebook semuanya ingin dikongsi
bersama teman-teman di laman sosial ,
Hanya post “kaki shopping” kemudian upload gambar serta letakkan lokasi
, sedang asyik berkongsi tanpa kita sedar segala maklumat telah tersebar,.maka
hal ini menjadikan penghendap siber tersenyum lebar kerana memudahkan
pekerjaannya .
Alkisah buat” kaki shopping online”
meggunakan duit PTPTN
Iklan di internet mudah terjebak
walaupun harganya murah dan menawan hati pembeli, apa yang diinginkan boleh
didapatkan tapi wajarkah kita guna duit PTPTN. Walhal perlu diingat membeli barangan
laptop lebih elok ke kedainya, bukanya hanya melihat iklan di internet walaupun
sebuah ipad yang harganya RM 600.
Jika kita mudah percaya ,akhirnya
lihatlah ia memakan diri kita sendiri.
Sekian sahaja hasil nukilan saya.
“BERFIKIRLAH SEBELUM
BERTINDAK AGAR KITA MENJADI INSAN YANG HIDUPNYA PENUH DENGAN WAWASAN”
Saturday, 16 February 2013
tersINGAKap meMOrI aku DaN dia
assALAmualaikum..
Hah…biar betol…aku DILAMAR
pada 4 julai 2010 ary 2…suka lah korangkan bila ada yang lamar korang…hurmmmm…so,akan
bermulalah hidup seorang insan yang bernama..jeng33 aku lah anis syuhada
aku pown hepy..tp..jauhnya tmpat die..sob..sob..mmg
jauh betol la ngan keluarga,,,,saper la suka dok jauh ngan keluargakan..!!
tApikannn..naper die lamar aku..sdangkan dia tahu aku x kan KAHWIN ngan dier.family aku cakap..nie kan pilihan aku
..aku kna trima la seandainya dia yang terbaik untukku.ok..tak per la..aku
terima dia akhirnya…
Sejak tue nma dier dah terpahat di
sanubariku..kemana saja aku pergi suma owang kenal dier…lain la aku….ntah2 dier
pown x kenal aku…waaaaaa…sdeynya….knapa suma owang suka dier nie…tau la dier
femes...xpe lah x kisah pown…yg pasti dier trima aku ..cukup ar..dier kata 29
arybln 3 aku mesti jauhkan diri dari dier..and then aku trima seadanya walupun
hati ini sdey bangat mau pisahh…hikhikhik..
Akhirnya aku bersama dier selama 3 tahun…bersama
dierlah aku penuhi harapan mak ayah aku..aku tak kan lupakan dier…sejauh mana
aku berlari..setinggi mana aku nk terbang..itu aku punya pasai.aku xkan penah
lupakan dier..hehhehe….nk tau tak saper si dier niehhh…
tempat menuntut ilmu...:) |
Hah..tue la die(gmbq kat atas 2)...Dia adalah
tempat belajar aku iaitu..tmpat aku timba ilmu..belajar erti kehidupan..pengorbanan,perjuangan
serta ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan.
kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan aku..
Ok lah…sekian..see again
BerteMU teMAn lamA..cerIAKan haRImU
ASSalamualaikum…
Hai semua ... apa khabar ...??? diharap semua
berada dalam keadaan sihat ok ... apa perasaan korang kalau jumpa kekasih yang
dah lama tak berjumpa ... peh ... mesti suka gila bukan ... tapi jangan jadi
ORANG GILA sudah la ...
Ok ... hari nie tinta nak kabo pasal kekasih
tinta yang lama kot tak jumpak..seperti yang tinta kata tadi ... kalau dah lama
tak berjumpa ... lepas tu tibe - tibe berjumpa ... mesti suka gila bukan ...???
tinta memang suka sangat - sangat tadi ... dapat juga berjumpa dengannya buat
sekian lamanya ...jom kita kenal ngan kekasih tinta..siap wat snap pic lg ..nk
cipta kenangan bersama..
Hah…nie la dia kekasih TINTA yakni sahabat atau
kawan…ok la ..
Sampi sini sja ye story kita pada kali ini..x nk
letak gmbar byak-byak
Naty diorang femes….hhehee
Akhir kalam…J
|
Berpisah jasad
sudah ketentuan,
Biarkan ia
subur dalam ukhuwah,
Bisikan doa
sebagai laluan,
Di dalam
nukilan kini terluah....
Tuesday, 15 January 2013
Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple'.
"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?
Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.
Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
Wallahu Ta'ala A'lam
c&p dr i luv islam...sama2 kita hayati ilmunya yang diberikan :)
Thursday, 3 January 2013
HOlidaY BersAMA mEMber SepERJuangaN
Asslamualaikum …huuhu
menyingah sebentar tok isi masa lapang yang dah dekat nk abis…:)
Alkisah..apabila cuti mid
term dah tiba…
Suma orang berlmba2 nk blik
laen lah kami..
Mmg syang nk tggal tmpat
blajar nihh….apa lagi bila nk abis diplomakan..hhehhe
Kna lah isi masa nih bersama
kwan2 …
So apalagii…
Kita ENJOY….HUHUHU
SoOOo.. apa lg nak share la
gambar outing dgn dak2 bahtera la
Ehhhh..bukn suma
tapiiiiiiii 7 orang jer….
waaaa...
syiok dapat luang masa cam
nih
muda-muda kannnnn??? Jeng2
nie la gmbar de bez kitorang……
Subscribe to:
Posts (Atom)