bila dah msok akhir sem 5 ..teringat plak bndak yg kna dok hafal...gelisah aje dlam kelas klau ustaz azhar msok...hheheh...tp bila belajar,....x yah ckap ar..mmg bez...nie la yng dikatakan ilmu...penting kot....utk dunia dan akhirat...jom kita bca kisah dier nak...senyum sokmo dr sy..:)
Kelihatan seorang lelaki bersembunyi di
sebuah kebun anggur dengan penuh kelelahan. Kedua-dua kakinya basah dengan
darah dek kerana luka. Dari wajahnya terpancar kesedihan yang mendalam.
Usahanya selama 10 hari ternyata sia-sia belaka. Dengan mata berkaca-kaca
beliau berdoa:
"Ya Allah, kepada-Mu aku mengeluhkan kelemahan-kelemahanku, ketidak
berdayaanku, dan kehinaanku di hadapan manusia. Wahai yang Maha Pengasih di
antara yang mengasihi! Engkau Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah
Tuhanku. Kepada siapakah Engkau hendak menyerahkan diriku? Kepada orang-orang
asing yang bermuka masam terhadapku atau kepada musuh yang Engkau takdirkan
akan mengalahkanku? "
"Ya Allah, kepadamu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan
kehinaanku pada pandangan manusia. Ya! Arhamarrahimin! Engkaulah tuhan orang
yang ditindas. Engkaulah tuhanku. Kepada siapalah engkau menyerahkan diriku
ini, kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang
menguasai aku? Sekiranya engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli.
Namun, afiatmu sudah cukup buatku. Aku berlinding dengan nur wajahMu yang
menerangi segala kegelapan dan teratur diatas nur itu urusan dunia dan akhirat,
daripada engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku.
KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya(untuk
melakukan Kebaikan) dan tiada upaya(untuk meniggalkan kejahatan) kecuali
denganMu "
"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan
daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa
Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada
keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku
asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku
berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan
menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia
dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau
turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau
ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"
"Hal itu tidak aku risaukan, jika Engkau tidak murka
kepadaku. Namun, rahmat-Mu bagiku amat luas. Aku menyerahkan diri pada
cahaya-Mu yang menerangi segala kegelapan dan menentukan kebaikan urusan dunia
dan akhirat. Aku berlindung dari murka-Mu. Aku senantiasa mohon reda-Mu. Kerana
tidak ada daya dan kekuatan kecuali atas perkenan-Mu."
Doa rintihan hati ini dipanjatkan Rasulullah s.a.w. berikutan misi dakwahnya di
daerah Thaif ditolak mentah-mentah oleh kaum Bani Tsaqif. Bukan sahaja ditolak,
bahkan Rasulullah s.a.w. turut disakiti sehinggakan Baginda terpaksa
menyembunyikan dirinya disebuah kebun anggur milik Uthbah bin Rabiíah.
Peristiwa bersejarah Thaif ini berlaku pada tahun 691M pada masa yang disebut
sebagai ëTahun Kesedihaní bagi Baginda Rasulullah.s.a.w. di mana pada tahun itu
juga ketika Baginda berumur 50 tahun, tahun kesepuluh kenabiannya, Baginda
kehilangan isteri tercinta, Siti Khadijah dan pakcik tersayang, Abu Talib.
Dikatakan Rasulullah menerima tentangan hebat daripada kaum musyrik Quraisy
selepas kematian pakciknya yang menjadi pelindung Baginda selama ini.
Sebelum peristiwa Thaif, berlaku peristiwa-peristiwa menyedihkan yang dialami
Rasulullah s.a.w. antaranya pemulauan total kaum musyrik Quraisy terhadap Bani
Hashim dan Bani Abdul Muttalib sehingga menyebabkan kaum Muslimin mati
kelaparan. Peristiwa ini berlaku selama tiga tahun.
Menurut sirah, Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengalah atau berputus asa jauh
sekali membalas setiap tentangan dan cacian daripada kafir musyrikin. Baginda
akan mengharungi segala tentangan dan memperjuangkan dakwahnya dengan jalan
sabar dan tabah dan sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t.
Ketika Rasulullah s.a.w. mula bergerak bagi menyebarkan syiar Islam secara
terang-terangan di Bukit Shofa, Baginda mendapat tentangan pertama daripada
pakciknya, Abu Jahal. Sejurus daripada itu, Baginda terus-menerus mendapat
tentangan daripada Bani Quraisy yang tidak dapat menerima baik dakwah
Rasulullah kerana tidak mahu meninggalkan agama warisan nenek moyang mereka
yang telah diwarisi turun-temurun itu.
Sifat sabar dan tabah Baginda Rasulullah s.a.w. semakin hari, semakin menebal
dalam memperjuangkan syiar Islam sehinggakan ada suatu masa, ketika Baginda
sedang berjalan disebuah lorong di Kota Mekah, Baginda diejek dan dihina
sehinggakan kepala Baginda ditaburkan dengan pasir. Walaupun begitu, Baginda
tetap meneruskan perjalanannya sehingga tiba dirumahnya. Melihat kepada keadaan
Baginda, puteri Baginda, Fatimah menangis sambil membersihkan kepala Baginda.
Dengan penuh ketabahan, Rasulullah berkata kepada puterinya, ìWahai puteriku,
janganlah kamu menangis kerana sesungguhnya Allah akan melindungi ayahmu ini.î
Kehidupan manusia tidak kira pada zaman mana sekalipun akan tetap bersifat
kompleks dan sarat dengan pelbagai ragam. Ada yang mengajak kepada kebenaran
dan ada juga yang tidak senang dengan keharmonian yang dikecapi umat Islam
lantas mengajak dan melakukan kebatilan. Sudah menjadi kehendak-Nya, dunia ini
tidak lari daripada kuasa positif dan negatifnya, hitam dan putihnya sama juga
dengan terciptanya pengajaran daripada kisah-kisah Adam dan Iblis, Ibrahim dan
Raja Namrud, Musa dan Firaun dan nabi Allah Muhammad s.a.w. dan Abu Jahal.
Allah s.w.t. berfirman, ìDan demikianlah Kami jadikan bagi tiap Nabi itu musuh,
iaitu syaitan-syaitan dari jenis manusia dan dari jenis jin sebagai mereka
membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan indah untuk menipu
(al-Anaam: 112)
Melihatkan kepada maksud ayat ini, jelas bahawa musuh-mush Islam akan senantiasa
membisikkan kejahatan. Penerangan tentang Islam dan keindahannya perlu
dilakukan dengan jalan sabar dan tabah sepertimana yang diajar oleh Rasulullah
s.a.w. selain itu, penerangan tersebut perlu dilakukan dengan kemantapan hujah
yang dilakukan secara teliti dan tidak semberono dengan memahami latar belakang
sasaran dan keadaannya.
Allah berfirman, maksudnya, ìSerulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan
hikmah dan mauizah hasanah, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang
lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang
sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang
yang mendapat hidayah petunjuk(Surah al-Nahl: 125).
Zaman di mana Islam disalahfahamkan dan ëdifobiakaní ini memerlukan pendekatan
yang bersungguh-sungguh dan berkesan. Program-program agama yang disiarkan di
media massa kini misalnya, perlu dinilai semula keberkesanannya dalam
menghadapi persoalan sejauh mana ia mampu menghadapi cabaran kerencaman fikiran
dan tanggapan yang pelbagai terhadap Islam. Adakah ia benar-benar berkesan
dalam menangkis tanggapan-tanggapan negatif ini atau menambahkan lagi tanggapan
tersebut atau lebih parah, menambahkan kekeliruan kepada umat Islam sendiri.
Tanggapan dan tohmahan daripada musuh Islam ini akan terus-menerus dilontar.
Hanya umat Islam sendiri yang mampu membuktikan dan menunjukkan kepada dunia
bahawasanya Islam adalah suatu agama yang lengkap dan murni serta umat Islam
bukan umat yang ganas dan menganjurkan keganasan. Perkara ini hanya boleh
dicapai sekiranya umat Islam menunjukkan dalam amalan mereka kemurnian dan
kesucian Islam ini sepertimana Rasulullah s.a.w. dan sahabat telah tunjukkan
semasa zaman kegemilangan Islam dahulu dengan jalan sabar dan tabah serta tidak
meninggalkan solat dan senantiasa memohon doa kepada-Nya.
Setelah segalanya ini dilaksanakan, maka kita telah melaksanakan amanah Allah
s.w.t. dalam mempertahankan kemurnian dan kesucian Islam. Sekiranya masih lagi
tidak dapat diterima dan ditolak, soal hidayah tidak berada di dalam tangan
kita, terpulang kepada Allah s.w.t jua sudahnya. Allah s.w.t. berfirman yang
bermaksud, ìJadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya
yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang kusyuk. (iaitu)
orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa
mereka akan kembali kepada-Nya.î(al-Baqarah: 45-46).